Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W
telah bersabda : "Barang siapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka
Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya
akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
1. Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari
usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2. Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin
daripadanya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang
beriman.
Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati,
antaranya :
4. Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang
sangat haus walaupun ia telah meminum seluRoh air laut.
5. Dia akan merasa yang amat pedih ketika Roh
dicabut keluar.
6. Dia akan dirisaukan akan hilang
imannya.
Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di
dalam kubur, antaranya :-
7. Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan
malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
8. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
9. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang
rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).
Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya
:
10. Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
11. Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
12. Allah S.W.T akan menyeksanya dengan api
neraka.
ya alloh takut banget,semoga kita bukan di antaranya
BalasHapusAamiin...
Hapus